Dah LAwat!!APe LAgi FOLLOW la....

sejauh mana kemantapan islam

Saturday, September 26, 2009

Sejauh mana kemantapan muslimat??
Diluluskan pada Ahad, 19 Ogos 2007 @ 19:22:31 oleh istisafa
Semasa

tulipsolehah menulis: Assalamualaikum..

Sejauh mana kemantapan muslimat? Allah telah berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam barisan yang teratur umpamanya satu bangunan yang tersusun kukuh.”

Begitu juga harakah yang kukuh hanya boleh terbina dari barisan mantap yang berorganisasi tersusun dan bersatupadu. Kemantapan muslimat adalah bergantung kepada usaha untuk memajukan lagi prestasi kita sebagai barisan pejuang yang cuba menyebarkan Islam sebagai satu penyelesaian kepada seribu satu macam tribulasi yang dihadapi masyarakat kini.

Untuk mengingatkan diri kita, kita mestilah sentiasa cuba meningkatkan ilmu dan kepakaran, berfikiran matang dan terbuka, mempunyai satu fikrah dan juga memahami serta menjiwai misi jemaah yang kita sertai.

Di antara ilmu dan kepakaran yang penting untuk dipelajari dan dikuasai ialah penyusunan dan perlaksanaan strategi perjuangan. Jemaah yang besar dan meluas pergerakannya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melakukan kerja tanpa sususan yang kemas dan teratur. Sesungguhnya kita merasa terhormat kerana telah dipilih Allah sebagai salah seorang yang berusaha untuk mendaulatkan agamaNya. Jadi dalam melakukan tugas suci ini, sudah semestinya kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik sahaja bukan hanya sekadar yang termampu.

Kita mesti bersiap sedia menghadapi musuh dengan apa jua kekuatan yang termampu. Kita mesti cuba memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan dalam pergerakan muslimat dan bukan melarikan diri daripadanya. Oleh itu idea dan strategi baru yang bernas serta kerjasama yang padu terutama dari barisan muda amat diperlukan.

Barisan pelapis mestilah dibimbing supaya memahami perjuangan. Sesungguhnya kita mahukan muslimat yang lebih tangkas, cekap dan berupaya merancang segala program dan apa jua bentuk gerakkerja dengan teratur. Piliharaya akan datang perlu dihadapi dengan persiapan yang cemerlang.

Demi menuju ke arah kemantapan, muslimat juga perlu berusaha untuk mencapai fikiran yang matang dan terbuka beserta ketajaman akal. Untuk itu muslimat perlu peka dengan perkembangan dunia globalisasi.

Keganasan yang dilakukan zionis merupakan satu rancangan untuk menghancurkan umat Islam. Kaum wanita telah menjadi mangsa kekejaman dan kebuasan nafsu musuh-musuh Islam. Sesungguhnya janji kita adalah untuk terus memperjuangkan hak wanita Islam diseluruh dunia dan khususnya di negara kita.

Muslimat tidak boleh merasa lega memandangkan negara kita berada di dalam aman tanpa peperangan kerana sesungguhnya peperangan pemikiran itu tetap ada malah lebih merbahaya lagi. Musuh Islam telah berjaya mempengaruhi media massa dan seterusnya meracuni pemikiran umat Islam terutamanya dalam banyak perkara. Muslimat mesti bijak menganalisa segala perkara yang berlaku.

Sebagai contoh tentang kejayaan musuh dalam mengatur segala rancangan jahat terhadap dunia Islam seperti Bosnia, Somalia , Iraq dan Palestin, sepanjang zaman tanpa tindakan dari negara Islam yang kaya yang hanya berdiam diri melihat kekejaman di depan mata. Pemikiran kita telah lama dijajah terutama pemikiran generasi muda yang lebih cenderung kepada budaya sosial yang bebas, mengakibatkan kepincangan rumahtangga, remaja lari dari rumah, budaya “Black Metal” yang menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius.

Mengapa tiada tindakan pencegahan yang tegas dari pihak yang bertanggungjawab dan pihak berkuasa? Muslimat perlu berusaha untuk menyelidiki dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut dengan segera dan bukan hanya memeluk tubuh. Sudah sampai masanya untuk kita mengadakan khidmat secara sekarela terutama kepada mangsa dan remaja yangterlibat.

Selain menegakkan syariah dalam keluarga, kita juga bertanggungjawab untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling. Kesempurnaan akhlak amat penting dan utama dalam menarik masyarakat kepada Islam. Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah memberi kita kekuatan dan kemantapan diri dalam kita menangani segala mehnah dan tribulasi dalam perjuangan ini.
Muslimat peka…



Semasa

Yang paling banyak dibaca dalam Semasa:
# Memilih Pasangan

Terkini dalam Semasa:

* Fitnatul Wahhabiyyah

* Memerhati yang tersayang tidur

* Fitnah, Fitrah dan Anugerah

* Empat strategi penyambung semangat hijrah Rasulullah

* CINTA MAUT keranamu kekasih



Yang Berkaitan

* Lagi Artikel Semasa
* Aktikel lain diluluskan oleh: istisafa



Untuk mencetak Hantar pada Sahabat

0 komen:

Post a Comment

Musiz Roller!!


Selena Gomez - Who Says
Mp3-Codes.com